Followers

Tuesday, 7 April 2015

TRIP PERCUTIAN 

KOTA SINGA : SINGAPURA (PART 1)


sumber map dr mr google: thanks

Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometers (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, diAsia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul  dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia. (hasil maklumat ini dpd MR WIKIPEDIA)


Republik Singapura merupakan antara negara yg aku ingin travel.. macamana cara ingin ke Singapura?? oh ye pastikan ada buku merah. 

Passport Malaysia untuk warganegara Malaysia yang ingin melancong ke luar negara pada tempoh tertentu.. Kita perlu cepat dan pantas untuk diperiksa di immegresen Malaysia dan Singapura.. orang Singapura mmg cepat,displin dan pantas,, Punctuality is IMPORTANT for them.

Bagaimana mahu ke Singapura? mesti dalam fikiran anda... erm mesti mahal. aduh nak pergi exhange duit ringgit kpd USD pula.. erm mesti kene ade bajet yg banyak... xperlu risau. ada pelbagai alternatif bagaimana mahu ke negara jiran iaitu Singapura. 

Tips:
1) Ejen perlancongan
2) Sendiri

Saya recommend ejen perlancongan yang boleh dipercayai (eh bukan ejen perlancongan di Malaysia xleh dipercayai)... ini sekadar cadangan saya sahaja, 

Ejen Percutian Jimat Saya menawarkan pakej ke Singapura dengan harga perpatutan iaitu kadar RM135 sehari. Dengan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh abam, saya mampu melawati Singapura dengan harga bajet..banyak tempat yg saya lawati misalnya:-



















Gambar yg saya share tu ant tempat menarik yang Abam Percutian Jimat Saya nie bawa..... sehari di Singapura, jauh perjalanan luas pemandangan....



brader tu berminat nak bergambar dengan saya kot, huhuhuhu...
gambar kenangan semasa berada di luar USS.


Percutian Bajet saya:-
1) Tiket bas+breakfast RM135
2) Makan                      RM50
3) Shopping                  RM50
jum.keseluruhan        RM235 (perbelanjaan sehari)










                                         PERCUTIAN DI SINGAPORE (Part 2)

Percutian kali ke-2 saya di Singapura saya pada bulan December 2014. Kali ini saya pergi ke Kota Singapura ditemani oleh kawan karib saya, Cik Elly Ellyana. Kami dah rancang nak pergi ke sana dalam masa 4 bulan yang lepas.. Selalunya, setiap tahun saya akan menghabiskan masa cuti kerja bersamanya.  Waktu ini, cik elly masih belajar dalam pengajian Sarjana di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Dia menginap di rumah saya 1 hari je, keesokannya kami bertolak ke Johor Bharu dengan menaiki KTM. Ia mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke sana. Setelah selamat sampai kami tidur di Hotel Butik, Skudai Johor. Kos tidur semalam sebanyak RM60 seorang. Kos Menginap selama tiga hari sebanyak RM180 seorang. Bilik agak luas untuk 2 orang. sangat selesa yer.... Pada waktu malam, kami pergi ke Larkin, Johor Bharu untuk menikmati makan malam di gerai Asam Pedas Kaw Kaw.. ish mmg pedassss!!!! kos untuk makan malam ni dalam RM30 untuk 2 orang. 



                                                               Asam pedas claypot "kaw kaw"

Keesokan harinya, saya dan cik elly menunggu bas ke Singapura. Pada pukul 6.30 pagi kami gerak dari hotel dan pergi menunggu di Tune Hotel. Jb Tune Hotel merupakan destinasi di mana bas ke Singapura untuk pergi dan balik.
                                                        Saya sempat ajer untuk selfie ngn cik elly

                           Masa ni dh selamat naik bas, masa untuk isi form kemasukkan ke Singapura



                                                        Suasana persekitaran JB-Singapura 
























Pengalaman saya semasa di Universal Studio Singapore


Pengiraan Budget di Singapura (3H 2M)
1) Penginapan             = RM120
2) Pengangkutan         = RM100
3) Tiket USS               =RM190
4) Makan & Minum    =RM100
5) Cenderamata           =RM100
JUM.KESELURUHAN = RM610

No comments: